TEMURAMAH DENGAN EN LAI MANN KHEONG - EHSAN KACSIAN

s Tanggal 1 Mac.1996,saya selaku wakil sidang redaksi (WSR) telah berkesempatan menemuramah En Lai Mann Kheong,salah pemenang utama Anugerah Pendidikan Sains M.T.S.F (Malaysia Toray Scince Foundation Scince Education Award) yang telah berikhidmat di sekolah ini sejak tahun 1985. Berikut adalah wawancara telah dijalankan.

 

Mtsf.jpg (25585 bytes)

En Lai Mann Kheong sedang menerima anugerah tersebut.

s
WSR : Selamat petang,cikgu.
En.Lai     : Selamat petang.
WSR : Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu atas kesudian cikgu ditemuramah.Tahniah juga kepada cikgu kerana berjaya memenangi anugerah M.T.S.F.
En.Lai     : Sama-sama dan terima kasih.
WSR : Terlebih dahulu,bolehkah cikgu menceritakan serba sedikit latar belakang yang membawa kepada penceburan bidang ini ?
En.Lai     : Sebenarnya saya semamangnya berminat dalam bidang Sains sejak dahulu lagi.Di samping itu,pengetahuan saya dalam bidang elektronik yang berhubung kait dengan bidang pelajaran saya iaitu Fizik serta pengetahuan saya mengenai komputer (Diploma N.C.C. dari U.K.) membantu saya mengerjakan sebarang idea atau projek.
WSR :

Oh,begitu rupanya. Bolehkah cikgu terangkan serba sedikit butir mengenai Anugerah M.T.S.F. ini ?

En.Lai     : Yayasan Saina Toray Malaysia atau Malaysia Toray Scince Foundation (M.T.S.F.) ditubuhkan pada tahun 1993 oleh Toray Industries, Inc, Japan. Pertubuhan ini bertujuan untuk menyumbang ke arah perkembangan Saina & Teknologi di Malaysia melalui beberapa hadiah penganugerahan. Hadiah Sains & Teknologi pula untuk membantu penyelidikan asas dalam bidang ini.Selain itu,Hadiah pendidikan Sains dianugerahkan untuk mengiktirafkan sumbangan kreatif dan inovatif terhadap pendidikan Sains yang efektif di sekolah-sekolah menengah dan maktab-maktab pra universiti.
WSR : Bagaiman pula cikgu mula-mula terlibat dengan pertandingan ini ?
En.Lai     :

Saya mengetahiu tentang pertandingan ini melalui borang dan risalah dari M.T.S.F. yang dihantar ke semua sekolah di seluruh Malyasia. Saya berminat dengan serta-merta lalu membuat keputusan untuk menyertai pertandingan ini.

WSR : Dari manakah cikgu mendapat idea untuk projek cikgu itu ?
En.Lai     :

Idea saya timbul apabila saya teringat satu rencana yang pernah saya baca di jurnal pendidikan keluaran United Kingdom suatu masa dahulu. Rencana itu adalah mengenai eksperimen troli berkomputer (Computerized Troly Experiment) yang sesuai dijadikan projek penyertaan.

WSR :

Memang tidak dapat dinafikan bahawa idea cikgu ini memang menarik. Bolehkah cikgu jelaskan projek cikgu secara ringkas ?

En.Lai     :

Eksperimen Troli berkomputer ini ,boleh diaplikasikan dalam eksperimen mengkaji pecutan, halaju seragam nyahpecutan,mengkaji kesan jisim troli terhadap pergerakan, momentum dan eksperimen lain yang menggunakan troli dan jangka masa detik. Eksperimen troli berkomputer ini bertujuan untun menjimatkan masa pelajar ketika menjalankan eksperimen-eksperimen ini dengan memamparkan serta-merta keputusan eksperimen pada skirin komputer. Dengan ini,pelajar dapat mencuba pelbagai ksperimen troli yang tentu tidak sempat dicuba oleh mereka tanpa alat ‘Eksperimen Troli Berkomputer’ini disuntukan masa dalam sukatan Fizik Tingkatan 4. Di samping itu, pelajar juga akan lebih berminat untuk belajar.

WSR : Apabila cikgu menyertai pertandingan ini apakah persediaan yang telah dibuat ?
En.Lai     :

Sebenarnya,persediaan bagi penyertaan projek ini tidaklah sebanyak mana Saya menyiapkan projek itu secara teratur tanpa sebarang tekanan. Namun, saya ada membuat persediaan ketika diminta untuk membuat pembentang projek saya. Saya diberitahu bahawa projek saya adalah antara 15 daripada 40 penyertaan yang dipilih untuk dinilai di peringkat akhir.Tempoh sebulan diberi untuk membuat persediaan.Saya terpaksa mencuba berulang kali dengan lebih rapi untuk memastikan projek saya itu berkesan dengan baik.

WSR : Bolehkah cikgu menceritakan serba sedikit mengenai pembentangan projek cikgu
En.Lai     :

Pembentangan saya telah dibuat pada awal bulan November.Setiap peserta telah diberkan 10 minit untuk membuat pembemtangan di hadapan 7 orang hakim yang diketuai oleh YM Prof.D iraja Dr.Ungku Abdul Aziz serta dua orang pemerhati dari Japan Toray Foundation.Setelah pembentangan saya sempat membawa panel hakim ke bilik pemasangan projek untuk mencuba ‘Eksperimen Troli Berkomputer’ini.

WSR : Adakah cikgu menerima sebarang bantuan semasa menyiapkan projek ini ?
En.Lai     : Ya.Pada mulanya,saya mendapayt bantuan daripada dua orang pelajar tingkatan 5 iaitu Loong Woei Ming Chan Hon Wai serta seorang bekas pelajar untuk menhasilkan perisian komputer, memasang radas eksperimen dan menyediakan kertas kerja projek.Selain itu, pelajar saya Lim Siew Keng dan Ha Chee Foong juga membantu menyempurnakan projek saya sebelum pembentangan di Kuala Lumpur.
WSR : Apakah perasaan cikgu apabila memenangi anugerah ini ?
En.Lai     : Saya berasa amat gembira.Saya juga gembira kerana berpeluang bertemu pemenang-pemenang yang lain untuk mengetahui idea-idea kreatif mereka.
WSR : Apakah nasihat cikgu kepada para pelajar yang ingin mengikut jejak cikgu ?
En.Lai     :

Mereka cipta adalah memuaskan di samping menguntungkan.Kepuasan yang Dikecapi amat menggembirakan apabila hasil itu dapat dimanfaatkan kepda orang umum.Selain itu inovasi kreativiti tidak hanya terbatas kepada penyelidikan makmal yang maju dan canggih. Seseorang itu boleh memupuk sikap inovasi walaupun benda itu adalah sesuatu yang biasa saja.Para pelajar seharusnya mengambil insiatif untuk mengembangkan inovasi dan kreativiti diri

WSR : Sebelum menamatkan wewancara ini,adakah apa-apa nasihat yang ingin disampaikan lagi ?
En.Lai     : Saya mengglakan guru-guru sains yang fasih dalam bahasa inggeris supay menyertai pertandingan ini yang bukan sahaja menghuntungkan tetapi boleh memanfaatkan pelajar-pelajar.Projek yang dihasilkan tidak semestinya merupakan kaedah pengajaran yang kreatif atau suatu kajian pendidikan.
WSR : Akhir sekali,adakah apa-apa pesanan daripada cikgu ?
En.Lai     : Saya disini ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada En.K.Rajalingam P.J.K pengetua sekolah ini telah memberikan peluang dan kemudahan kepada saya untuk menyertai pertandingan ini.Saya juga berterima kasih kepada beliau kerana telah memberikan teladan yang baik iaitu mengglakan kecemerlangan dalam sebarang aktiviti.Selain itu,saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelajar yang telah meluangkan masa dan usaha membantu saya. Akhir sekali, ucapan terima kasih juga ingin saya tujukan kepada ahli keluarga saya yang telah menyokong dan cukup memahami keadaan saya apabila saya jarang berada di rumah kerana sibuk dengan projek saya.
WSR : Nampaknya setakat ini sahaja wawancara kali ini.Saya mewakili sidang Redaksi mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada cikgu kerana sudi meluangkan masa untuk ditemuramah.
En.Lai     : Sama-sama.