Make your own free website on Tripod.com
KELAB KOMPUTER
SMK METHODIST (ACS) KAMPAR
 PERMULAAN KELAB KOMPUTER

          Kelab Komputer SMK Methodist (ACS) Kampar telah mula diwujudkan sekitar Jun 1996 walaupun pada masa itu permintaan terhadap komputer tidaklah sehebat kini. Namun atas semangat ingin tahu SMK Methodist (ACS) Kampar tetap berusaha membangunkan makmal komputernya sendiri. Biarpun pada kadar yang begitu perlahan namun kelas komputer terus maju ke hadapan melakari sejarahnya tersendiri. Berikut dicatatkan perkembangan - perkembangan penting Kelab Komputer serta Pergajaran Dan Pembelajaran berbantukan Komputer / Internet di SMK Methodist (ACS) Kampar.

Jun 1996

hasil kutipan derma Kelab Komputer telah berjaya membeli 5 set komputer sebagai permulaaan.

Mac 1997

kerja pembinaan makmal komputer bermula.

Jun 1997

sekali lagi hasil kutipan derma kelab komputer berjaya menambah lagi 5 set komputer Intel 486 DX2.

Jun 1997

Kursus MSOffice dan Windows 3.11 telah diadakan bertempat di First Computer Kampar.

April 1998

meningkatkan keupayaan komputer sedia ada kepada Pentium 133.

April 1998

guru-guru diperkenalkan dengan Windows 95.

Okt 1998

mendaftar dengan ISP TMNET

Dis 1998

pembesaran makmal komputer menjadi saiz sebuah kelas.

Jan 1999

mulanya kutipan wajib bagi pelajar Tingkatan 1 sebanyak RM50.00 dan pelajar Tingkatan 2 hingga 5 sebanyak RM10.00.

Mac 1999

pembelian 10 set komputer.

April 1999

pengajaran berbantukan komputer/internet bermula mengikut mata pelajaran.

Ogos 1999

Kursus Asas Internet Dalam Pendidikan yang melibatkan MIMOS, Politeknik Ungku Omar, Ipoh dan PKG Gopeng telah diadakan di Makmal Komputer SMK Methodist (ACS) Kampar yang dihadiri seramai 30 orang guru-guru sekitar Gopeng/Kampar.

28 Ogos 1999

Kursus Peringkat Dalaman Asas Internet telah diadakan.

13 Nov 1999

Kursus Asas Photoshop untuk guru-guru sekitar Gopeng/Kampar yang dikendalikan oleh pensyarah UPSI seramai 24 orang peserta.

Mac 2000

pembelian 6 set komputer baru. 

26 – 28 Jun 2000

Kursus Asas Pengurusan Maklumat Sekolah yang di hadiri seramai 29 orang guru sekitar Gopeng / Kampar.

10 Jul 2000

Peperiksaan bertulis secara rasmi pertama kali diadakan untuk Tingkatan 1.

Ogos 2000

Pendaftaran talian ISDN.

Mac 2001

Pembelian 5 set baru.

Mac 2001

Kursus Pembinaan Jadual Waktu 1.

Jun 2001

Kursus Pembinaan Jadual Waktu 2.

Ogos 2001

Kursus Pembinaan Laman Web untuk PKG Gopeng Peringkat Pertama.
 SEKARANG........

          Dengan 25 set komputer yang ada sekarang pihak sekolah dan kelab berjaya mengadakan pengajaran berbantukan komputer/internet mengikut mata pelajaran bagi Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5. Sesi ini akan dilalui sekurang-kurangnya sekali bagi setiap pelajar dalam masa sebulan. Setiap bulan akan ditetapkan matapelajaran dan jadual bagi penggunaan Makmal Komputer. Bagi pelajar Tingkatan 1 mereka didedahkan mengikut jadual dengan asas komputer sejam setiap minggu. Pelajar juga bebas menyewa komputer sama ada melayari internet dan sebagainya pada ketika terdapat kekosongan di dalam jadual penggunaan Makmal Komputer.

 MASA HADAPAN........

          SMK Methodist (ACS) Kampar merancang meningkatkan lagi penggunaan komputer di sekolah ini sama ada dalam pentadbirandan pengurusan ataupun hal-hal yang berkaitan dengan Pengajaran Dan Pembelajaran. Pihak sekolah dan Kelab Komputer amat berharap dapat menambah sebuah lagi makmal komputer menjadi dua makmal komputer bagi menampung sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer/Internet. Buat masa ini menampung sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer/Internet agak sukar dilaksanakan kerana hanya terdapat sebuah makmal komputer. Secara ringkasnya keperluan-keperluan pada masa depan adalah seperti berikut :  

  • mempunyai rangkaian LAN untuk beberapa stesyen dalaman

  • mempunyai sistem pangkalan data yang lengkap

  • mempunyai dua buah makmal komputer multimedia / internet

          Segala yang dirancangkan di atas akan menjadi tumpuan kami dalam pelaksanaan dasar-dasar sekolah mengenai teknologi maklumat pada masa akan datang. Disamping itu pihak sekolah juga mengharapkan akan dapat menggunakan makmal komputer sekolah untuk kegunaan serta pendedahan kepada masyarakat setempat bagi mempercepatkan kefahaman masyarakat tentang teknologi maklumat. Juga didalam rancangan pihak kami ingin mengadakan kursus-kursus kefahaman teknologi maklumat kepada semua golongan masyarakat sekitar Gopeng / Kampar.